SOALAN
10
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN MANOGARAN A/L MARIMUTHU
[TELOK INTAN]PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 6 NOVEMBER 2012
YB TUAN MANOGARAN A/L MARIMUTHU [TELOK INTAN] minta PERDANA MENTERI menyatakan:
(a) statistik tahap kemiskinan
mengikut pecahan kaum yang terdapat di negara ini; dan
(b) apakah langkah-langkah atau
pun tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan untuk meninggikan taraf hidup
serta status ekonomi kaum Melayu di negara ini.
JAWAPAN:
(a)
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hasil daripada
dasar-dasar dan program-program yang dilaksanakan, Malaysia telah berjaya
mengurangkan kadar kemiskinan daripada 49.3% pada tahun 1970 kepada 3.8% pada
tahun 2009 dan kemiskinan tegar hampir dihapuskan. Tahap
kemiskinan di kalangan kaum juga telah
berkurangan seperti berikut:
Kadar Kemiskinan mengikut Etnik, 1970, 1999 dan 2009,
Malaysia
Etnik
|
Kadar
Kemiskinan (%)
|
||
1970
|
1999*
|
2009
|
|
Bumiputera
|
64.8
|
12.3
|
5.3
|
Cina
|
26.0
|
1.2
|
0.6
|
India
|
39.2
|
3.4
|
2.5
|
MALAYSIA
|
49.3
|
8.5
|
3.8
|
Nota:*Mulai tahun
1999, pengiraan kemiskinan adalah berdasarkan metodologi 2005
(b)
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan memberi
perhatian utama untuk membantu isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah bagi
meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup mereka tanpa mengira kaum dan lokasi.
Ini termasuklah melalui pelaksanaan program peningkatan kapasiti dan kapabiliti
serta program penjanaan pendapatan seperti program bantuan kredit mikro,
khidmat nasihat dan latihan keusahawan dan pembinaan gerai niaga. Turut
dilaksanakan adalah program-program bagi kumpulan khusus seperti masyarakat
Orang Asli serta Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Selain daripada itu, Kerajaan
turut melaksanakan pelbagai program lain seperti program bantuan rumah, saham
amanah, program pendidikan dan latihan. Di samping itu, Kerajaan juga
meningkatkan akses kepada kemudahan asas seperti infrastruktur dan
pengangkutan, utiliti dan ameniti sosial di kawasan luar bandar. Bagi anak-anak
dari golongan ini, Kerajaan turut menyediakan dana Kumpulan Wang Amanah Pelajar
Miskin (KWAPM) bagi membolehkan mereka hadir dan belajar di sekolah.
No comments:
Post a Comment