SOALAN NO.7
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : Y.B. DATUK DR. MARCUS MOJIGOH [ PUTATAN ]
TARIKH : 25 SEPTEMBER 2012 (SELASA)
SOALAN :
Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan
(a)
sejauh manakah pelaksanaan Program "Blue Ocean
Strategy" (oleh agensi yang berkaitan) telah memperkasakan 10 juta
belia negara ini agar mereka mengamalkan semangat kesukarelawan;
(b)
apakah jenis-jenis program yang telah
dirangka bagi Gagasan Belia "1M4U", jumlah perbelanjaan dan impak
yang diharapkan.
JAWAPAN :
Tuan
Yang di-Pertua,
(a)
Kerajaan menyedari belia merupakan
golongan utama yang akan memacu dan mencorakkan pembangunan dan hala tuju
negara di masa depan. Sehubungan
dengan itu, Kerajaan menerusi pendekatan Blue Ocean Strategy telah mengambil inisiatif mewujudkan platform bagi belia menyalurkan
tenaga dan mengetengahkan kreativiti mereka melalui aktiviti kesukarelawan menerusi
penubuhan sebuah syarikat menurut jaminan, yang dikenali sebagai 1 Malaysia For
Youth (1M4U). Objektif penubuhan ini
adalah untuk melibatkan golongan belia pelbagai kaum dalam aktiviti-aktiviti
sukarelawan yang bersifat kenegaraan (nation-building)
serta menjadi tempat bagi mereka mengetengahkan inovasi dan kreativiti mereka
menerusi perancangan dan penglibatan dalam program atau aktiviti yang boleh
menguntungkan negara dan diri mereka sendiri.
Memandangkan program 1M4U ini baru
diperkenalkan, keberkesanan program ini dalam memperkasakan belia di Negara ini
mengamalkan semangat kesukarelaan belum dapat dinilai secara jelas. Walaubagaimanapun,
sambutan belia terhadap program-program 1M4U yang dianjurkan amat menggalakkan
seperti kehadiran melebihi 50,000 belia semasa Majlis Pelancaran 1M4U pada 15 Julai 2012 yang lalu di Taman Esplanade,
KLCC dan penglibatan 15,000 belia dalam aktiviti kesukarelaan semasa sambutan
Hari Kemerdekaan yang lalu. Di samping itu, pelbagai program
kesukarelaan 1M4U yang dijalan secara kolobrasi dengan kementerian/agensi yang
digerakkan melalui inisiatif Blue Ocean Strategy seperti ‘University Ambassador Program’ anjuran Kementerian Pengajian
Tinggi iaitu program kesukarelaan pelajar university kepada masyarakat seperti
memberi tuisyen science dan matematik
kepda pelajar sekolah dan motivasi
kepada ibu bapa, program My Beautiful Neighbourhood
anjuran Kemeterian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu gotong-royong
membersihkan kawasan perumahan kos rendah dan program Voluntourism anjuran Kementerian Pelancungan iaitu program
belia-belia menginap di homestay dan
menjalankankan program kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan
kawasan kampong, memberi tunjuk ajar kepada pengusaha homestay untuk mempromosi
homestay mereka dalam social media telah mendapat penyertaan yang
mengalakkan daripada belia dan memberi impak
yang positif kepada masyarakat.
(b)
Program belia yang
dianjurkan oleh 1M4U bertemakan program sukarelawan yang disertai oleh pelbagai
kaum dan bersifat ‘Nation Building’ seperti
program kemasyarakan antaranya gotong royong membersihkan kawasan perumahan,
memberi tuisyen kepada kanak-kanak sekolah dan motivasi kepada ibubapa serta
memberi bantuan kepada golongan tua dan kurang upaya. Program ini adalah selaras
dengan objektif 1M4U untuk menggalakkan golongan belia pelbagai kaum dalam
aktiviti kesukarelaan yang bersifat kenegaraan (nation building).
Pada peringkat awal ini program kesukarelaan 1M4U dijalan secara kolobrasi dengan
kementerian/agensi melalui inisiatif Blue
Ocean Strategy
antaranya ‘University Ambassador Program’ anjuran Kementerian Pengajian
Tinggi, program My Beautiful Neighbourhood
anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan program Voluntourism anjuran Kementerian
Pelancungan. Program-program ini mendapat
penyertaan yang mengalakkan daripada
belia dan memberi impak yang positif kepada masyarakat.
No comments:
Post a Comment