Tuesday 25 September 2012

Dewan Rakyat [25/9/2012] JAWAPAN KEPADA PERTANYAAN LISAN

Berikut adalah jawapan saya bagi pihak Perdana Menteri , YAB Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak kepada Soalan No.7 di Parlimen  bagi  MESYUARAT KETIGA - PENGGAL KE-5 yang bermula semalam  , 24/9/2012/




SOALAN NO.7

PERTANYAAN  :        LISAN
DARIPADA      :        Y.B. DATUK DR. MARCUS MOJIGOH [ PUTATAN ]
TARIKH           :        25 SEPTEMBER 2012 (SELASA)

SOALAN         :


Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan  

(a)        sejauh manakah pelaksanaan Program "Blue Ocean Strategy" (oleh agensi yang berkaitan) telah memperkasakan 10 juta belia negara ini agar mereka mengamalkan semangat kesukarelawan;  
(b)        apakah jenis-jenis program yang telah dirangka bagi Gagasan Belia "1M4U", jumlah perbelanjaan dan impak yang diharapkan. 

JAWAPAN     :

Tuan Yang di-Pertua,

(a)         Kerajaan menyedari belia merupakan golongan utama yang akan memacu dan mencorakkan pembangunan dan hala tuju negara di masa depan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan menerusi pendekatan Blue Ocean Strategy telah mengambil inisiatif mewujudkan platform bagi belia menyalurkan tenaga dan mengetengahkan kreativiti mereka melalui aktiviti kesukarelawan menerusi penubuhan sebuah syarikat menurut jaminan, yang dikenali sebagai 1 Malaysia For Youth (1M4U). Objektif  penubuhan ini adalah untuk melibatkan golongan belia pelbagai kaum dalam aktiviti-aktiviti sukarelawan yang bersifat kenegaraan (nation-building) serta menjadi tempat bagi mereka mengetengahkan inovasi dan kreativiti mereka menerusi perancangan dan penglibatan dalam program atau aktiviti yang boleh menguntungkan negara dan diri mereka sendiri.

Memandangkan program 1M4U ini baru diperkenalkan, keberkesanan program ini dalam memperkasakan belia di Negara ini mengamalkan semangat kesukarelaan belum dapat dinilai secara jelas. Walaubagaimanapun, sambutan belia terhadap program-program 1M4U yang dianjurkan amat menggalakkan seperti kehadiran melebihi 50,000 belia semasa  Majlis Pelancaran  1M4U pada 15 Julai 2012 yang lalu di Taman Esplanade, KLCC dan  penglibatan 15,000 belia  dalam aktiviti kesukarelaan semasa sambutan Hari Kemerdekaan yang lalu. Di samping itu, pelbagai program kesukarelaan 1M4U yang dijalan secara kolobrasi dengan kementerian/agensi yang digerakkan melalui inisiatif Blue Ocean Strategy seperti ‘University Ambassador Program’ anjuran Kementerian Pengajian Tinggi iaitu program kesukarelaan pelajar university kepada masyarakat seperti memberi tuisyen science dan matematik kepda pelajar sekolah dan  motivasi kepada ibu bapa, program My Beautiful Neighbourhood anjuran Kemeterian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu gotong-royong membersihkan kawasan perumahan kos rendah dan program Voluntourism anjuran Kementerian Pelancungan iaitu program belia-belia menginap di homestay dan menjalankankan program kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan kawasan kampong, memberi tunjuk ajar kepada pengusaha homestay untuk mempromosi homestay mereka dalam social media telah mendapat penyertaan yang mengalakkan  daripada belia dan memberi impak yang positif kepada masyarakat.

(b)         Program belia yang dianjurkan oleh 1M4U bertemakan program sukarelawan yang disertai oleh pelbagai kaum dan bersifat  ‘Nation Building’  seperti program kemasyarakan antaranya gotong royong membersihkan kawasan perumahan, memberi tuisyen kepada kanak-kanak sekolah dan motivasi kepada ibubapa serta memberi bantuan kepada golongan tua dan kurang upaya. Program ini  adalah  selaras dengan objektif 1M4U untuk menggalakkan golongan belia pelbagai kaum dalam aktiviti kesukarelaan yang bersifat kenegaraan (nation building).

Pada peringkat awal ini program kesukarelaan 1M4U  dijalan secara kolobrasi dengan kementerian/agensi melalui inisiatif Blue Ocean Strategy antaranya  ‘University Ambassador Program’ anjuran Kementerian Pengajian Tinggi, program My Beautiful Neighbourhood anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan program Voluntourism anjuran Kementerian Pelancungan.  Program-program ini mendapat penyertaan yang mengalakkan  daripada belia dan memberi impak yang positif kepada masyarakat.

No comments:

Post a Comment